Wednesday, 29 October 2014

PRODUK-PRODUK SHAKLEE

Salam ukhwah, salam sayang buat semua.

Di sini saya lampirkan produk-produk terbaik dari Shaklee. 

Jangan takut-takut, jangan was-was untuk memilih kami.

Kami telah pun bertapak lebih dari 50 tahun dan terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko dengan berpegang teguh kepada perinsip "SELAMAT, BERKESAN dan "SEMULAJADI"

Boleh tengok-tengok dan kalau-kalau ada sebarang kemusykilan, nak tahu mana yang sesuai atau tidak sesuai,  jangan segan-segan, tanya la saya.
 Insya-Allah saya akan cuba bantu anda.
Muuuuuahhhhh!!!!!!!


                          ===================================================
"CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE "
                                   ====================================================

Nor (SID 1113476)
Wasap : 012.624.2120

Sms     : 011.288.44.367

==============================================================

BLUEBERRY CHEESE CAKE


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keatas ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Wahhhh,,,,skema gitu. Hihihihihi.

Tut...tut...dah hari Rabu. Sekejap jer masa tu berjalan. Rasanya penat semalam, mengantuk semalam belum hilang, dah masuk hari baru. Betul la bagai dikata, bumi sekarang bergerak lebih laju daripada kelajuan biasa. Masa menjadi semakin pendek. Semakin pendek atau dah ditarik keberkatan masa itu sehinggakan masa yang panjang pun kita terasa pendek. Wallahu'alam.

Ok lah, sebenarnya saya nak share aktiviti hari minggu saya hari tu. Kalau ikutkan saya, tergedik-gedik nak share hari yang sama, tapi maklumlah, hari minggu la hari yang paling sibuk bagi para ibu. Time cuti 2 hari tu la nak menyiapkan semua kerja rumah yang tertunggak selama 5 hari. Ditambah pulak dengan kerenah anak-anak yang berderet ni. Fuhhhh,,,,,histeria mak dibuatnya. 

Bila dah malam sikit, saya cuba juga la update, tapi line pulak slow macam siput. Huhuhuhu(***sebenarnya quota internet dah habis, tu yang line jadik slow.Maklumlah pakai prepaid jewww. Ahaksss) So saya pun tunggu la hari bekerja. Biasa saya update blog time lunch atau sementara menunggu hubby. Tapi biasa la khangggg,,,,,,bila sampai opis, lain pulak jadinya. Duk melayan cerita kawan-kawan la pulak. Yer la kannnnn...kawan-kawan bermasalah kena lah dengar. Nanti turn saya bermasalah, kawan-kawan jugak tempat mengadu.

Jom kita tengok dulu order yang saya dapat hujung minggu hari tu. Alhamdulillah rezki. Orang pun dah mula kenal saya sikit-sikit. Terima kasih Allah.


BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH BUTTERCREAM.

 

PANDANGAN DARI ATAS.


Ni semua orang tahu kangggg.....CREAM PUFF


 Ini pulak BANANA WALNUT CUPPIES WITH BUTTERCREAM

Yang last sekali ni brownies. FUDGE BROWNIES

Ok...dah...dah...dah.....

Meleleh...Pegi lap air liur tu. Hihihihi

Jumpa lagi dilain cheritaaaa....

Byeeeee!!!!!!!!!!! dari saya Shaklee Independent Distributor anda - ID 1113746
Do whatsapp me dan dapatkan konsultasi percuma dari saya.
012.624.2120












Monday, 27 October 2014

MENJAMIN KESIHATAN OPTIMA ANAK ANDA

Pening memikirkan anak-anak yang tak nak makan????

Bertambah pening bila selalu jer sakit-sakit. Mula-mula batuk, kemudian demam, lepas tu selsema dan sebagainya.

Teringat seorang kawan mengadu anaknya selalu jer tak sihat sejak ditukarkan ke taska.
2,3 hari baik dari demam,,,lepas tu datang balik. Bagi makan ubat baik, lepas tu datang balik. Pernah sekali dia tunjukkan bil ubat pada saya. Gluppp...dalam hati saya berkata "mak aiii,,,patutla dia pening. Demam, batuk, selsema, bill pun dah cecah ratus2. 

Saya katakan pada dia, saya tidak mengalami masalah sebegitu walaupun saya juga hantar anak saya kerumah pengasuh. Alhamdulillah.

Saya katakan lagi saya ambil "MEALSHAKE" sebagai langkah ikhtiar saya. 
Alhamdulillah, setakat ni kalau demam pun tak adalah berpanjangan. 1 hari pun dah boleh cover balik. Dan yang paling best mereka bukan sahaja suka pada baunya tapi juga pada rasa vanillanya. Siap boleh bancuh sendiri lagi tu. Hihihihihi....

===========================================================

APA ITU MEALSHAKE

Mealshake Shaklee merupakan sumber protein tenusu dengan sejumlah 19 jenis vitamin dan mineral tambahan.

Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik

Mealshake mengandungi semua asid amino asli yang terdapat didalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.

ASID AMINO PERLU DAN TIDAK PERLU. APA TU????



Vitamin A, C dan E yang terdapat didalam mealshake berfungsi untuk menguatkan antioksidan, mengawal jangkitan atau pelindung kepada sel dari kerosakan akibat proses oksidasi, meningkatkan kekebalam tubuh serta mengurangi kerosakan pada lensa mata, jaringan saraf dan pembuluh darah. Begitu juga dengan zat mineral zinc dan selenium yang mampu menahan 'serangan' radikal bebas sekaligus boleh mengurangkan risiko anak anda terdedah kepada jangkitan penyakit.

Mealshake juga mengandungi 'glukosa' pada paras yang dibenarkan dan selamat. 
Ini adalah kerana, 'glukosa' yang terdapat didalam mealshake diekstrak dari sumber semulajadi iaitu jagung dan bukannya pemanis tiruan seperti didalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak


SIAPA YANG MEMERLUKAN MEALSHAKE


Antara lain, meraka yang nak cantik juga boleh mengambil mealshake. Ia juga sesuai untuk seisi keluarga, juga sesuai untuk ibu mengandung, morning sickness, serta ibu-ibu yang sedang meyusukan bayi.


NAK TAHU INFO TENTANG PRODUK LAIN?????

Just wasap saya, Puan Nor ke 012.624.2120

ATAU

Sms 011.288.44.367

Saya sedia membantu anda!!!!! Insya-Allah

Jom kita sama-sama.......

"KEMBALIKAN KECERIAAN ANAK KITA DENGAN MEALSHAKE"



Tuesday, 21 October 2014

Kuih apa ni ya???? Sinonim dengan zaman kanak-kanakku

Assalamualaikum...

Kuih lipat dan zaman kanak-kanakku....


Samaada pagi atau petang, bila ada orang jual kuih lalu depan rumah...


"kuih...kuih"
"kuih...kuih"

Mak saya mesti panggil dan beli kuih ni. Kuih kegemaran saya sebab inti dia ikang. Dah nama pun Orang Ganu, off course la semua benda nak selit ikang kang. Hikhikhikhik





Apa nama kuih ni erkkk???? Betul ker namanya kuih lipat???...Hmmmmm..

Sebenarnya, serius saya tak tahu apa nama kuih ni. Sampaila la ni.
Saya tak tahu orang Ganu panggil kuih apa sebenarnya ni.
Yang saya tahu saya suka makan. Dah suka makan, bedal jer la khanggg???
Sori erkkkk...sungguh tak senonoh. Ahaksss...ahaksss...

Dah tak tahu tu khanggg,,,,,saya pun google la. Mak aiiii.....macam-macam nama orang panggil kuih ni. Ada yang panggil 'kuih ropa', ada yang panggil 'kuih lipat', ada yang panggil 'samosa', ada yang panggil 'mini murtabak'. Apa-apa pun belasah jer la. Tapi saya rasa 'kuih lipat'  tu panggilan yang paling sinonim kottttt.....

Kuih ni cara buat dia sebijik macam kuih ketayap. Cuma ketayap tu lepas gulung terus boleh makan, tapi kuih ni kita kena goreng dulu sikit. Kasi garing lahhhh....Jangan goreng macam kita goreng ikang tu,,,goreng atas kuali leper macam goreng murtabak atau daging burger. Intinya pulak terpulang la pada anda nak buat inti apa. Inti kentang macam karipap tu ker, atau inti daging. Kalau saya,,,,off course la inti ikangggg.....dah nama pun orang Ganu.

=========================================

Jom kita jeling-jeling resepi yang tersangat la mudah ni. 



BAHAN UNTUK INTI
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
  • 1 kg ikan selayang/kembung
  • 1 sudu kecil halba
  • 6 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 1 inchi halia (dimayang halus)
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Sedikit air untuk rebusan - anggaran 1/2 cawan jer
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk perasa

    CARA-CARA
     
  • Dalam periuk, masukkan ikan, asam gelugor dan sedikit air.
  • Rebus, sejukkan dan kemudian asingkan isinya.
  • Kisar isi ikan tadi hingga halus. Kalau tak nak halus, just ramas dengan tangan jer.
  • Masukkan dalam kuali, isi ikan dengan santan serta air rebusan tadi dan kacau hingga hampir kering.
  • Masukkan halba, bawang merah, halia, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering. Jangan terlampau kering.
  • Boleh lah diangkat dan sejukkan

--------------------------------------------------------------------

BAHAN UNTUK KULIT
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak

CARA-CARA
  • Masukkan semua bahan kedalam blender, dan kisar la. Hihihihi. Senang jewww…
  • Panaskan kuali. Nak pakai kuali biasa pun boleh nak pakai kuali non-stick, lagi senang.
  • Masukkan satu senduk adunan tadi seperti nak buat kuih gulung(ketayap)
  • Apabila masak, angkat dan letakkan inti di atasnya 
  • Lipat hingga menjadi bentuk 4 segi panjang.
  • Bila dah siap buat semuanya boleh lah digoreng sehingga garing.
  • Goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit jer yer. Ala-ala macam goreng daging burger atau murtabak gitu. Nak mudah pakai kuali leper. 
  • Siap dan boleh dimakan.
Kuih ni sesuai untuk sarapan atau pun minum petang.

Kalau anda rajin boleh jer buat banyak lepas tu frozeenkan.



SELAMAT MENCUBA!!!!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berminat nak tahu pasal produk Shaklee boleh sms kita ke 011.288.44.367 
ATAU
boleh jer wasap kita ke  012.624.2120.

 Insya-Allah, nanti kita akan cuba bantu mana-mana yang anda nak tahu. 

Untuk bulan ini, Shaklee buat promosi untuk ESP.

Ia adalah sumber protein terbaik anda yang berasaskan tumbuhan semulajadi  yang berkualiti tinggi dan kandungan rendah lemak bukan GMO.



Monday, 20 October 2014

THE POWER OF ONE MAN'S

Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah,,,segalanya baru bermula. Bermula dari kosong. 
Sebab baru bermulalah, saya hendak membawa anda untuk mengenali secara ringkas, latar belakang pengasas kepada produk terulung ini sehinggalah kepada penubuhan syarikatnya yang berusia lebih dari 50 tahun.

SIAPA PENGASAS SHAKLEE???
Sr Dr Forrest C Shaklee, dilahirkan di tengah-tengah bandar Amerika pada tahun 1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy dan divinity.
Pada 1915, Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk pertama yg dikenali sebagai "Vitalized Minerals" di mana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai "vitamins". 
Inilah sejarah di mana perkataan vitamin terhasil.

Dengan pelaburan jutaan ringgit  untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee, berserta peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai vitelea
Beliau amat menitikberatkan yang semulajadi berbanding dengan penggunaan bahan-bahan sintetik. Dengan itu, beliau turut menghasilkan pelbagai jenis nutrisi semulajadi secara berperingkat sehingga kesinambungan, Dr. Forrest C. Shaklee dalam penciptaan Total Wellness Product.



Pada 1924 pula, Dr. Shaklee membina health care centre yg lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practicioner dan surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.

Pada 1928, beliau melahirkan sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide Pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan minima lemak dan gula.

Pada Januari 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosofi asas dalam Shaklee.

Pada tahun 1956 pula, beliau telah menubuhkan SHAKLEE CORPORATION yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia.

Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. 
Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah mengubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Usaha beliau juga telah menjadikannya sebagai PELOPOR INDUSTRI NUTRISI dan KAEDAH PENGAGIHAN yang menawarkan FAEDAH dan KEUNTUNGAN kepada para PENGEDAR diseluruh dunia. 



"Shaklee Independent Distributor Anda"
Puan Nor
SID 1113746
fb : http://www.facebook.com/zonevitaminkl