Bingit sungguh telinga kamek ni dengar alarm kat office ni menjerit-menjerit. Weee Woong,,,wee...woong....weee...woooonggg....(Hurmmm,,,,betul ker bunyi alarm macam gitu erk. Tu bunyi ambulan khanggg??? Hahahaha,,,belasah jer la labu)
Entry kita kali ni kita nak share air detox yang kita buat. Best tau.
Macam kak sham ni kan,,,kak sham bab-bab minum air putih ni memang lemah.
Lemah sungguh-sungguh, bukan sikit-sikit tau. Kadang tu dalam satu hari 2 gelas pun belum tentu kak sham minum. Puas jugak kak sham didik diri kak Sham ni minum air putih. Nak tak nak,,,kak sham memang kena cari solution lain, so terjadi la air detox ni. Walaupun air detox ni sama jer macam air putih, tak dak gula tapi rasa buah-buah kat dalam tu tetap membangkitkan selera kak Sham nak minum. Ibarat macam makan nasi dengan budu jer. Walaupun nasi tu kosong jer,,,tak dak lauk pauk tapi budu tu ajer pun dah menyelerakan. Hihihihih,,,nak jugak selit budu khanggg. Ahakss...ahaksss
Strawberry + Timun + Daun Pudina
Timun + Lemon + Daun Pudina
Tujuan detox diet ni adalah untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita.
Ia adalah suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Ia adalah suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
- mencuci dalaman perut dan usus
- menurunkan berat badan
- mengempiskan perut
- melegakan sakit tekak
- mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
- membuang toksin dalam badan
- mengurangkan masalah selsema
Kita boleh gunakan apa-apa sahaja (ikut kreativiti) buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Biarkan semalaman baru minum.
Macam dah tak sabar dah nak mulakan proses detox kan?
DETOX DENGAN SHAKLEE
HERBALEX atau ALFAFA merupakan herba terbaik dalam berfungsi sebagai agen detox. Kedua-duanya, mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu melawaskan pembuangan air besar di samping melakukan proses detoksifikasi dalam badan.
Apa yang membezakan keduanya ialah dari segi kandungannya iaitu Alfalfa dibuat daripada tumbuhan Alfalfa sendiri manakala Herb Lax diperbuat daripada 7 jenis herba semulajadi.
Apa yang membezakan keduanya ialah dari segi kandungannya iaitu Alfalfa dibuat daripada tumbuhan Alfalfa sendiri manakala Herb Lax diperbuat daripada 7 jenis herba semulajadi.
JOM BERSIHKAN BADAN KITA!!!!!!
Untuk konsultasi percuma dan mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tentang produk boleh wasap kak sham ya 012.624.2120.
No comments:
Post a Comment