MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL VITAMIN C
Badan manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya sedangkan semua orang tahu bertapa pentingnya Vitamin C sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas.
Badan kita banyak menggunakan vitamin C dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki dan ianya juga penting untuk tumbesaran dan membaiki sel-sel.
Vitamin C bukan sahaja mengurangkan gejala-gejala selsema dan sejuk tetapi ia juga boleh melindungi dan menggalakkan pemulihan kulit.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin C mengembalikan kecerahan kulit akibat terdedah pada cahaya matahari dengan berkesan.
SUMBER VITAMIN C
Untuk mendapatkan Vitamin C, kita perlu minum atau makan makanan yang mengandungi Vitamin C.
Malangnya, agak sukar untuk kita terus mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari secara berterusan kerana kesibukan harian. Tambahan pula, Vitamin C semulajadi dalam buah-buahan yang kita makan sangat mudah meresap dan hilang.
Dengan cara hidup sekarang, cuba kita fikirkan, sanggupkah kita membawa beberapa biji oren bersama kita, ke mana saja kita pergi, sepanjang hari untuk memastikan kita mendapat vitamin C yang secukupnya. Tak mungkin kan???? Buat berat beg jer,,yer dok???? Dan sekalipun kita makan buah oren tersebut, adakah pengambilannya mencukupi untuk keperluan badan kita sedangkan kadungan vitamin C di dalamnya sangat mudah hilang bersama kesegaran buah oren tersebut.
CARA MUDAH DENGAN VITAMIN C SHAKLEE
(Apa itu teknologi "Sustained Release")
Sustained Release bermaksud dikekalkan dan dilepaskan secara berperingkat-peringkat ke dalam plasma darah yang menyebabkan vitamin C yang diambil mampu bertahan dalam tubuh dalam jangka masa 24 jam.
Dengan teknologi ini, penyerapan vitamin C ke dalam tubuh adalah sangat optimum berbanding vitamin C lain di pasaran yang kebanyakan zat vitamin C nya hilang dalam proses perkumuhan kerana plasma darah hanya menyerap pada kuantiti yang terhad pada satu masa.
Ini adalah kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan. Ciptaan paling hebat daripada Shaklee inilah yang menjadikan Vitamin C Shaklee berbeza daripada Vitamin C lain yang berada dipasaran.
KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE
Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Selain itu juga…setiap tablet Viatmin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid [sila rujuk gambar di atas] dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.
Vitamin C complex ni mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.
FUNGSI VITAMIN C
1 - Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments , tulang, gigi, rambut dan kulit
2 - Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan-bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
3 - Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.
Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dan sebagainya.
4 - Membantu untuk mengaktifkan agen-agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E, Glutathione dan sebagainya.
5 - Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
6 - Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids). Oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
7 - Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen
Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya) :-
[1] Sebagai Anti Oksidan yang penting.
[2] Pemulihan luka dan melecur.
[3] Pembinaan colagen dalam badan.
[4] Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
[5] Membantu penghasilan hormon.
[6] Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
[7] Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
[8] Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
[9] Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
[10] Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
[11] Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
[12] Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
[13] Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
[14] Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.
[15] Membantu mencegah diabetes
Ok,,,untuk next entry...saya akan cuba kait-kaitkan pula fungsi Vitamin C dengan setiap permasalahan di atas. Tentunya ia akan menjadi lebih seronok. Insya-Allah.
Untuk pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh wasap kak sham di 012.624.2120
Insya-Allah kak sham akan cuba bantu.
Info Produk :-
Vitamin C Sustained Release
(180 tablets / 180 servings)
Retail Price : RM 92.50
No comments:
Post a Comment