Wednesday, 24 December 2014

TEKNOLOGI "SUSTAINED RELEASED" - VITAMIN C SHAKLEE

MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL VITAMIN C

Badan manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya sedangkan semua orang tahu bertapa pentingnya Vitamin C sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas.

Badan kita banyak menggunakan vitamin C dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki dan ianya juga penting untuk tumbesaran dan membaiki sel-sel.

Vitamin C bukan sahaja mengurangkan gejala-gejala selsema dan sejuk tetapi ia juga boleh melindungi dan menggalakkan pemulihan  kulit.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Vitamin C  mengembalikan kecerahan kulit akibat terdedah pada cahaya matahari dengan berkesan.

SUMBER VITAMIN C

Untuk mendapatkan Vitamin C, kita perlu minum atau makan makanan yang mengandungi Vitamin C. 

Malangnya, agak sukar untuk kita terus mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari secara berterusan kerana kesibukan harian. Tambahan pula, Vitamin C semulajadi dalam buah-buahan yang kita makan sangat mudah meresap dan hilang.
Dengan cara hidup sekarang, cuba kita fikirkan, sanggupkah kita membawa beberapa biji oren bersama kita, ke mana saja kita pergi, sepanjang hari untuk memastikan kita mendapat vitamin C yang secukupnya. Tak mungkin kan???? Buat berat beg jer,,yer dok???? Dan sekalipun kita makan buah oren tersebut, adakah pengambilannya mencukupi untuk keperluan badan kita sedangkan kadungan vitamin C di dalamnya sangat mudah hilang bersama kesegaran buah oren tersebut.

CARA MUDAH DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


(Apa itu teknologi "Sustained Release")

Sustained Release bermaksud dikekalkan dan dilepaskan secara berperingkat-peringkat ke dalam plasma darah yang menyebabkan vitamin C yang diambil mampu bertahan dalam tubuh dalam jangka masa 24 jam.

Dengan teknologi ini, penyerapan vitamin C ke dalam tubuh adalah sangat optimum berbanding vitamin C lain di pasaran yang kebanyakan zat vitamin C nya hilang dalam proses perkumuhan kerana plasma darah hanya menyerap pada kuantiti yang terhad pada satu masa.

Ini adalah kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan. Ciptaan paling hebat daripada Shaklee inilah yang menjadikan Vitamin C Shaklee berbeza daripada Vitamin C lain yang berada dipasaran.

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Selain itu juga…setiap tablet Viatmin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid [sila rujuk gambar di atas] dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.

Vitamin C complex ni mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.

FUNGSI VITAMIN C

1 - Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan, di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments , tulang, gigi, rambut dan kulit

2 - Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan-bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .

3 - Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya. 

Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dan sebagainya.

4 - Membantu untuk mengaktifkan agen-agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E, Glutathione dan sebagainya.

5 - Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.

6 - Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids). Oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )

7 - Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen

Diantara fungsi  lain Vitamin C (secara ringkasnya) :-

[1] Sebagai Anti Oksidan yang penting.

[2] Pemulihan luka dan melecur.

[3] Pembinaan colagen dalam badan. 

[4] Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.

[5] Membantu penghasilan hormon.

[6] Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.

[7] Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.

[8] Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).

[9] Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).

[10] Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.

[11] Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.

[12] Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.

[13] Membantu mengawal tekanan darah tinggi.

[14] Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.

[15] Membantu mencegah diabetes

Ok,,,untuk next entry...saya akan cuba kait-kaitkan pula fungsi Vitamin C dengan setiap permasalahan di atas. Tentunya ia akan menjadi lebih seronok. Insya-Allah. 
Untuk pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh wasap kak sham di 012.624.2120
Insya-Allah kak sham akan cuba bantu.


Info Produk :-
Vitamin C Sustained Release
(180 tablets / 180 servings)
Retail Price : RM 92.50





PAN,,,PAN,,,,PAN,,,PANCAKE YANG GEBUS GEBAS

Haiii,,,haiii,haiii.....Assalamualaikum....Selamat pagi. Apa kabar semua??? Hihihihi,,,,


Coti panjang la blog kak sham ni kan...
Adoiiii,,,macamana la kak sham nak citer....panjang sangat citernya. Hihihihihi,,,
Tapi ok la khagggg,,,,belum sempat bersawang lagi kot kak sham rasa.

Hurmmmm....tetiba la pulak semejak dua mejak ni kak sham jadi sibuk,,,ntah apa yang sibuk sangat kak sham sendiri pun tak tau lah. Sibuk ke hulu ke hilir adalah. Hahahahaha,,,,
Apa pun....al-maklumlah kak sham ni kan masih bekerja. Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pulak jadinya. Kalau nak cerita bab-bab mengarut macam sekarang ni (hikhikhikhik) kejap jer mengarangnya tapi kalau nak bercerita bab Shaklee tu memang ambik masa sikit la. Nak kena study dulu, nak kena hadam betul-betul, nak kena fikir, nak kena edit, macam-macam la. Tapi kalau kita nak berjaya nikan, itu bukan lah alasannya dan apa-apa pun kak sham harap, blog kak sham yang usianya belum habis pantang lagi ni tak lah jadi macam Titanic,,,tenggelam tak timbul-timbul. Ahaksss,,,,ahaksss,,,ahakssss,,,,

[[on mood gerun]]....no,,,no,,,no,,,,no(versi my anak). Kak sham sayang sangat blog kak sham ni. Walaupun blog kak sham masih lagi lopong-lopong infonya tapi kak sham sayang sangat tau. Susah tauuuuu...dengan usia kak sham yang dah masuk BMW 4 series ni nak buat ni tauuuu,,,,support la kak sham yer,,,yer,,yer,,,,

Ok,,,ok,,,ok,,,,dah habis melalut dah. Sekarang kak sham nak citer pasai pancake yang kak sham buat malam tadi. Pancake ni sangatlah gebus. Gebus segebusnya,,,sampai lah keesokan harinya pun still lagi gebus. Tu yang kak sham rasa bangga sangat tu. Siap bawak pergi office tuuuu...hihihihi


Kak sham memang suka pancake,,,bila makangggg,,,rasa ala-ala minah saleh gitu.(minah saleh berkarat) Hahahahaha....
Bila makang....sikit pun kak sham dok ingat budu,,,dok ingat doh kak sham ni made in Terenggau in malaysia. Hihihihihi....
Sebelum ni kak sham penah buat pancake, dah ikut sebijik-sebijik resepi yang kak sham dapat tapi kak sham tak tahu mana silapnya,,,,pancake kak sham jadi lempeng.
Memang pancake tu lempeng la kangggg,,,tapi lempeng  yang kak sham maksudkan ni macam lempeng orang dolu-dolu buat tu....nipis sekeping, bila dah tengahari atau petang dah liat. Adalah 2, 3 kali kak sham try. Sama jer, sampai la kak sham jumpa resepi ni kat blog mat saleh...siap dengan youtube sekali. Dalam youtube tu kak sham tengok bukan main naik lagi pancake dia tu.

Apa lagi,,,sampai jer rumah kak sham terus buat.....
Happynya tak terkata,,,akhirnya menjadi jugak.

Mesti ada yang kata "alaaaa,,,pancake jer pun. Tu pun tak pandai ker"
Tak kisah la,,,tapi kalau benda yang mudah sekali pun kalau ada yang tak betul caranya tak menjadi jugak kan. Hikhikhikhik....

                                    Pancake with Walnut and Caramelized Banana

Kebetulan caramel yang kak sham buat untuk banana walnut tempoh hari masih ada, so kak sham makan la dengan caramel tu. Sedap rupanya. Kalau u all nak makan dengan apa-apa pun tak kisah. Semuanya ok jer...Ikut selera masing-masing.

Jom kita layan resepi pancake yang gebu gebas ni....



BUTTER MILK PAN CAKE

} 1cawan susu
} 1 sudu cuka
} 2 sudu butter dicairkan
} 2 sudu gula
} 1 biji telur
} 1 cawan tepung gandum
} 1 sudu teh soda bicarbonate
} 1 sudu teh baking powder
} 1 sudu teh esen vanilla

} 1/4 garam

CARA-CARA
>> Susu dan cuka disatukan. Biarkan selama 10 minit (BUTTERMILK)
>> Dalam bekas lain masukkan butter cair, gula dan telur. Gaul sebati
>> Masukkan tepung gandum, baking powder, soda bicarbonat dan garam.
>> Kemudian masukkan buttermilk dan esen vanilla. Gaul sebati.
>> Rehatkan 10-15 minit.
>> Panaskan non stick pan, api sederhana dan masaklah seperti biasa.
>> Sedia dihidangkan.

***Kalau u all nak buat apam balik pun boleh jugak pakai resepi ni.

                                    SELAMAT MENCUBA!!!


Note:-
BERMINAT NAK TAHU PASAL PRODUK SHAKLEE BOLEH WASAP KAK SHAM YER
012.624.2120
Nanti kak sham akan cuba bantu setiap permasalahan anda. Insya-Allah.


Friday, 28 November 2014

BUANG RACUN DALAM BADAN

Assalamualaikum silent reader,,,,selamat petang.

Bingit sungguh telinga kamek ni dengar alarm kat office ni menjerit-menjerit. Weee Woong,,,wee...woong....weee...woooonggg....(Hurmmm,,,,betul ker bunyi alarm macam gitu erk. Tu bunyi ambulan khanggg??? Hahahaha,,,belasah jer la labu)

Entry kita kali ni kita nak share air detox yang kita buat. Best tau.
Macam kak sham ni kan,,,kak sham bab-bab minum air putih ni memang lemah. 

Lemah sungguh-sungguh, bukan sikit-sikit tau. Kadang tu dalam satu hari 2 gelas pun belum tentu kak sham minum. Puas jugak kak sham didik diri kak Sham ni minum air putih. Nak tak nak,,,kak sham memang kena cari solution lain, so terjadi la air detox ni. Walaupun air detox ni sama jer macam air putih, tak dak gula tapi rasa buah-buah kat dalam tu tetap membangkitkan selera kak Sham nak minum. Ibarat macam makan nasi dengan budu jer. Walaupun nasi tu kosong jer,,,tak dak lauk pauk tapi budu tu ajer pun dah menyelerakan. Hihihihih,,,nak jugak selit budu khanggg. Ahakss...ahaksss


Strawberry + Timun + Daun Pudina



Timun + Lemon + Daun Pudina

Tujuan detox diet ni adalah untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita.
Ia adalah suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal.

Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear. 

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
AIR DETOX


Kita boleh gunakan apa-apa sahaja (ikut kreativiti) buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox. 

Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Biarkan semalaman baru minum. 

 Macam dah tak sabar dah nak mulakan proses detox kan?
DETOX DENGAN SHAKLEE

HERBALEX atau ALFAFA merupakan herba terbaik dalam berfungsi sebagai agen detox. Kedua-duanya,  mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu melawaskan pembuangan air besar di samping melakukan proses detoksifikasi dalam badan.
Apa yang membezakan keduanya ialah dari segi kandungannya iaitu Alfalfa dibuat daripada tumbuhan Alfalfa sendiri manakala Herb Lax diperbuat daripada 7 jenis herba semulajadi.
 

JOM BERSIHKAN BADAN KITA!!!!!!

Untuk konsultasi percuma dan mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tentang produk boleh wasap kak sham ya 012.624.2120. 





APA ITU POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROM (PCOS)???

1. Apakah penyakit POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROM (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?

• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak

• Kegemukan atau obesiti

• Kencing manis

• Kolesterol Tinggi

• Kemandulan

• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur

• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang.
 i.e : Berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang


• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘POLYCYSTIC OVARY’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.




5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.


• Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi. (Credit to Dr. Natasha Nor)

Dari sumber Info Pnyakit Wanita pula berkata, satu kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan suplemen yang mengandungi phytoestrogens untuk wanita yang mengalami PCOS ini membantu mereka membaiki masalah hormon yang mereka alami.

ALFAFA SHAKLEE mengandungi PHYTOESTROGEN yang boleh brtindak seperti hormon estrogen  dan boleh membantu wanita untuk ‘melawan’ PCOS.
Apa yang paling penting ialah ALFAFA adalah dari sumber yang semulajadi dan telah melepasi ujian beberpa ujian klinikal.


Dalam satu jornal, Journal of Research Medical Science, terbitan 2011, wanita yang mengalami PCOS dirawat antara 3-6 bulan dengan phytoestrogen dapat menstabilkan kitaran hormon mereka.


Secara kesimpulan kajian itu menyebut suplemen yang kaya dengan phytoestrogen memberikan kebaikan kepada pesakit PCOS dan meningkatkan kesuburan dan mengurangkan kemplikasi diabetes dan sakit jantung.

Cadangan dari Shaklee untuk mereka yang bermasalah seperti diatas:-

1- ALFAFA
2- GLA
3- OMEGA GUARD

Nak tahu apa keperluan anda, atau tentang produk-produk lain boleh whatsapp kak sham 012.624.2120




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,atau menyembuhkan. 


"DOA ~ USAHA ~ IKHTIAR ~TAWAKAL"



Tuesday, 18 November 2014

APABILA MEMILIH - YAKINLAH DENGAN 3 PERKARA


Shaklee adalah sebuah syarikat yang dibina berlandaskan kepada 3 falsafah serta patut dan berpegang teguh pada perinsip yang telah dibina oleh pengasasnya itu, Dr Forrest C Shaklee.

Jadi, apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara tersebut, iaitu - sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN sentiasa SEMULAJADI.

1. SENTIASA SELAMAT
  • Lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
  • Potensi terjamin - pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
  • Ketulenan terjamin - 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru.
  • 100% kepuasan terjamin
Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian pencemaran ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain bagi menjamin ketulenan. Dan kami meneruskan lagi kajian ke atas lebih 100,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi perlindungan  setiap satu produk. 

Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan dan terjamin.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak ada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. 

 

2. SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan 
  • Terdapat 70kajian knilinak bercetak 
  • Terdiri daripada 60 saintis Shaklee
  • Terdapat 55 paten dan paten tertunda
  • Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan
Lebih daripada $250-$300 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji.

Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.

7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee. Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa 

54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

3. SENTIASA SEMULAJADI

Dr. Forrest C Shaklee menyedari, kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain.

Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya

Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali

Daripada peneroka Jacques Cousteau 2004, dan seterusnya pemenang Nobel Peace Dr.Wangari Maathai, Shaklee terus bergabung tenaga dengan orang-orang yang mengambil berat tentang planet ini bagi menghasilkan suatu perubahan. 

Dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya : 

  • Mengitar semula lebih 1,000,000 paun kadbod 
  • Menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan 
  • Menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau.  
Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 

Selain daripada itu, Shaklee juga merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut :


  • 2008 : Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik. 
  • 2007 : Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika. 
  • 2003 : Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan. 
  • 2002 : Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001 : Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California.



SELAMAT MENCUBA!!!!!!















Thursday, 13 November 2014

SEJARAH OMEGA. APA ITU OMEGA 3?????

Assalamualaikum....

Ada tak lagi yang masih tertanya-tanya apa itu Omega 3????

Mungkin ramai diantara kita yang dah tahu. Ada yang dah tahu banyak, tahu..., tapi sikit-sikit jer dan ada juga yang tak tahu langsung. Ada ker yang tak tahu langsung????? Tak ada la kannnn???? Saya tahu anda diluar sana semuanya bijak-bijak. Bijak dalam memilih yang terbaik.

Tapi tak apa la kan...dah tahu pun, apa salahnya kita mencari lagi. Kita top-up mana-mana yang kurang.

Ok. Jom belajar sejarah sikit hari ni. Sejarah tentang OMEGA 3 dengan Dr Norman.

Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.

Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.
 Eskimo mempunyai kadar sakit jantung yg rendah

Omega 3 mula menarik minat saintis sejak 20 tahun dahulu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.

Ikan sumber utama Omega 3

Seterusnya, pelbagai pemerhatian dibeberapa tempat didunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.
Fenomena ini menjadi suatu ‘misteri’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.

Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu-susu formula itu mengandungi tambahan Omega 3. Omega 3 juga ditambah didalam susu-susu formula kerana ianya juga mempunyai kesan positif kepada perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Kerana itulah susu ibu adalah sumber yang sangat kaya dengan Omega 3.

Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah.

BAGAIMANA PULA DENGAN SHAKLEE OMEGA GUARD????

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ikan-ikan ini diperolehi dari perairan Negara Jepun. Omega Guard Shaklee 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ini kerana sumbernya dari ikan asli bukan dari hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard  dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

ULTRATULEN DAN BERGRED FARMASEUTIKAL


Selain daripada itu, Shaklee menggunakan kaedah nultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3  yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik).

Sebelum bercampur

Selepas bercampur.

Memandangkan anak-anak saya masih belum pandai telan sebiji Omega ni sendiri , maka inisiatif saya adalah  campurkan kedalam minuman suam /  sejuk mereka.

Jom dapatkan Omega Guard 3 Shaklee untuk kegunaan anda sekeluarga. Bukan hanya untuk anak anda, malah untuk diri anda sendiri juga.

Hubungi saya untuk pertanyaan konsultasi percuma.

Nor Fatimah Sham Binti Musa
Whatsapp : 012.624.2120
Sms : 011.288.44.367







Wednesday, 29 October 2014

PRODUK-PRODUK SHAKLEE

Salam ukhwah, salam sayang buat semua.

Di sini saya lampirkan produk-produk terbaik dari Shaklee. 

Jangan takut-takut, jangan was-was untuk memilih kami.

Kami telah pun bertapak lebih dari 50 tahun dan terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko dengan berpegang teguh kepada perinsip "SELAMAT, BERKESAN dan "SEMULAJADI"

Boleh tengok-tengok dan kalau-kalau ada sebarang kemusykilan, nak tahu mana yang sesuai atau tidak sesuai,  jangan segan-segan, tanya la saya.
 Insya-Allah saya akan cuba bantu anda.
Muuuuuahhhhh!!!!!!!


                          ===================================================
"CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE "
                                   ====================================================

Nor (SID 1113476)
Wasap : 012.624.2120

Sms     : 011.288.44.367

==============================================================

BLUEBERRY CHEESE CAKE


 Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keatas ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.
Wahhhh,,,,skema gitu. Hihihihihi.

Tut...tut...dah hari Rabu. Sekejap jer masa tu berjalan. Rasanya penat semalam, mengantuk semalam belum hilang, dah masuk hari baru. Betul la bagai dikata, bumi sekarang bergerak lebih laju daripada kelajuan biasa. Masa menjadi semakin pendek. Semakin pendek atau dah ditarik keberkatan masa itu sehinggakan masa yang panjang pun kita terasa pendek. Wallahu'alam.

Ok lah, sebenarnya saya nak share aktiviti hari minggu saya hari tu. Kalau ikutkan saya, tergedik-gedik nak share hari yang sama, tapi maklumlah, hari minggu la hari yang paling sibuk bagi para ibu. Time cuti 2 hari tu la nak menyiapkan semua kerja rumah yang tertunggak selama 5 hari. Ditambah pulak dengan kerenah anak-anak yang berderet ni. Fuhhhh,,,,,histeria mak dibuatnya. 

Bila dah malam sikit, saya cuba juga la update, tapi line pulak slow macam siput. Huhuhuhu(***sebenarnya quota internet dah habis, tu yang line jadik slow.Maklumlah pakai prepaid jewww. Ahaksss) So saya pun tunggu la hari bekerja. Biasa saya update blog time lunch atau sementara menunggu hubby. Tapi biasa la khangggg,,,,,,bila sampai opis, lain pulak jadinya. Duk melayan cerita kawan-kawan la pulak. Yer la kannnnn...kawan-kawan bermasalah kena lah dengar. Nanti turn saya bermasalah, kawan-kawan jugak tempat mengadu.

Jom kita tengok dulu order yang saya dapat hujung minggu hari tu. Alhamdulillah rezki. Orang pun dah mula kenal saya sikit-sikit. Terima kasih Allah.


BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH BUTTERCREAM.

 

PANDANGAN DARI ATAS.


Ni semua orang tahu kangggg.....CREAM PUFF


 Ini pulak BANANA WALNUT CUPPIES WITH BUTTERCREAM

Yang last sekali ni brownies. FUDGE BROWNIES

Ok...dah...dah...dah.....

Meleleh...Pegi lap air liur tu. Hihihihi

Jumpa lagi dilain cheritaaaa....

Byeeeee!!!!!!!!!!! dari saya Shaklee Independent Distributor anda - ID 1113746
Do whatsapp me dan dapatkan konsultasi percuma dari saya.
012.624.2120












Monday, 27 October 2014

MENJAMIN KESIHATAN OPTIMA ANAK ANDA

Pening memikirkan anak-anak yang tak nak makan????

Bertambah pening bila selalu jer sakit-sakit. Mula-mula batuk, kemudian demam, lepas tu selsema dan sebagainya.

Teringat seorang kawan mengadu anaknya selalu jer tak sihat sejak ditukarkan ke taska.
2,3 hari baik dari demam,,,lepas tu datang balik. Bagi makan ubat baik, lepas tu datang balik. Pernah sekali dia tunjukkan bil ubat pada saya. Gluppp...dalam hati saya berkata "mak aiii,,,patutla dia pening. Demam, batuk, selsema, bill pun dah cecah ratus2. 

Saya katakan pada dia, saya tidak mengalami masalah sebegitu walaupun saya juga hantar anak saya kerumah pengasuh. Alhamdulillah.

Saya katakan lagi saya ambil "MEALSHAKE" sebagai langkah ikhtiar saya. 
Alhamdulillah, setakat ni kalau demam pun tak adalah berpanjangan. 1 hari pun dah boleh cover balik. Dan yang paling best mereka bukan sahaja suka pada baunya tapi juga pada rasa vanillanya. Siap boleh bancuh sendiri lagi tu. Hihihihihi....

===========================================================

APA ITU MEALSHAKE

Mealshake Shaklee merupakan sumber protein tenusu dengan sejumlah 19 jenis vitamin dan mineral tambahan.

Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik

Mealshake mengandungi semua asid amino asli yang terdapat didalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu.

ASID AMINO PERLU DAN TIDAK PERLU. APA TU????



Vitamin A, C dan E yang terdapat didalam mealshake berfungsi untuk menguatkan antioksidan, mengawal jangkitan atau pelindung kepada sel dari kerosakan akibat proses oksidasi, meningkatkan kekebalam tubuh serta mengurangi kerosakan pada lensa mata, jaringan saraf dan pembuluh darah. Begitu juga dengan zat mineral zinc dan selenium yang mampu menahan 'serangan' radikal bebas sekaligus boleh mengurangkan risiko anak anda terdedah kepada jangkitan penyakit.

Mealshake juga mengandungi 'glukosa' pada paras yang dibenarkan dan selamat. 
Ini adalah kerana, 'glukosa' yang terdapat didalam mealshake diekstrak dari sumber semulajadi iaitu jagung dan bukannya pemanis tiruan seperti didalam kebanyakan makanan tambahan kanak-kanak


SIAPA YANG MEMERLUKAN MEALSHAKE


Antara lain, meraka yang nak cantik juga boleh mengambil mealshake. Ia juga sesuai untuk seisi keluarga, juga sesuai untuk ibu mengandung, morning sickness, serta ibu-ibu yang sedang meyusukan bayi.


NAK TAHU INFO TENTANG PRODUK LAIN?????

Just wasap saya, Puan Nor ke 012.624.2120

ATAU

Sms 011.288.44.367

Saya sedia membantu anda!!!!! Insya-Allah

Jom kita sama-sama.......

"KEMBALIKAN KECERIAAN ANAK KITA DENGAN MEALSHAKE"



Tuesday, 21 October 2014

Kuih apa ni ya???? Sinonim dengan zaman kanak-kanakku

Assalamualaikum...

Kuih lipat dan zaman kanak-kanakku....


Samaada pagi atau petang, bila ada orang jual kuih lalu depan rumah...


"kuih...kuih"
"kuih...kuih"

Mak saya mesti panggil dan beli kuih ni. Kuih kegemaran saya sebab inti dia ikang. Dah nama pun Orang Ganu, off course la semua benda nak selit ikang kang. Hikhikhikhik





Apa nama kuih ni erkkk???? Betul ker namanya kuih lipat???...Hmmmmm..

Sebenarnya, serius saya tak tahu apa nama kuih ni. Sampaila la ni.
Saya tak tahu orang Ganu panggil kuih apa sebenarnya ni.
Yang saya tahu saya suka makan. Dah suka makan, bedal jer la khanggg???
Sori erkkkk...sungguh tak senonoh. Ahaksss...ahaksss...

Dah tak tahu tu khanggg,,,,,saya pun google la. Mak aiiii.....macam-macam nama orang panggil kuih ni. Ada yang panggil 'kuih ropa', ada yang panggil 'kuih lipat', ada yang panggil 'samosa', ada yang panggil 'mini murtabak'. Apa-apa pun belasah jer la. Tapi saya rasa 'kuih lipat'  tu panggilan yang paling sinonim kottttt.....

Kuih ni cara buat dia sebijik macam kuih ketayap. Cuma ketayap tu lepas gulung terus boleh makan, tapi kuih ni kita kena goreng dulu sikit. Kasi garing lahhhh....Jangan goreng macam kita goreng ikang tu,,,goreng atas kuali leper macam goreng murtabak atau daging burger. Intinya pulak terpulang la pada anda nak buat inti apa. Inti kentang macam karipap tu ker, atau inti daging. Kalau saya,,,,off course la inti ikangggg.....dah nama pun orang Ganu.

=========================================

Jom kita jeling-jeling resepi yang tersangat la mudah ni. 



BAHAN UNTUK INTI
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
  • 1 kg ikan selayang/kembung
  • 1 sudu kecil halba
  • 6 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 1 inchi halia (dimayang halus)
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Sedikit air untuk rebusan - anggaran 1/2 cawan jer
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk perasa

    CARA-CARA
     
  • Dalam periuk, masukkan ikan, asam gelugor dan sedikit air.
  • Rebus, sejukkan dan kemudian asingkan isinya.
  • Kisar isi ikan tadi hingga halus. Kalau tak nak halus, just ramas dengan tangan jer.
  • Masukkan dalam kuali, isi ikan dengan santan serta air rebusan tadi dan kacau hingga hampir kering.
  • Masukkan halba, bawang merah, halia, serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering. Jangan terlampau kering.
  • Boleh lah diangkat dan sejukkan

--------------------------------------------------------------------

BAHAN UNTUK KULIT
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak

CARA-CARA
  • Masukkan semua bahan kedalam blender, dan kisar la. Hihihihi. Senang jewww…
  • Panaskan kuali. Nak pakai kuali biasa pun boleh nak pakai kuali non-stick, lagi senang.
  • Masukkan satu senduk adunan tadi seperti nak buat kuih gulung(ketayap)
  • Apabila masak, angkat dan letakkan inti di atasnya 
  • Lipat hingga menjadi bentuk 4 segi panjang.
  • Bila dah siap buat semuanya boleh lah digoreng sehingga garing.
  • Goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit jer yer. Ala-ala macam goreng daging burger atau murtabak gitu. Nak mudah pakai kuali leper. 
  • Siap dan boleh dimakan.
Kuih ni sesuai untuk sarapan atau pun minum petang.

Kalau anda rajin boleh jer buat banyak lepas tu frozeenkan.



SELAMAT MENCUBA!!!!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berminat nak tahu pasal produk Shaklee boleh sms kita ke 011.288.44.367 
ATAU
boleh jer wasap kita ke  012.624.2120.

 Insya-Allah, nanti kita akan cuba bantu mana-mana yang anda nak tahu. 

Untuk bulan ini, Shaklee buat promosi untuk ESP.

Ia adalah sumber protein terbaik anda yang berasaskan tumbuhan semulajadi  yang berkualiti tinggi dan kandungan rendah lemak bukan GMO.